Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana menjadi keruh ketika sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau itu. Sani ditahan oleh pengganas bersama 200 tebusan, sementara Khai terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas dari dalam pusat tahanan setelah menyaksikan keganasan kumpulan itu sendiri. Khai berjaya mencari pegawai polis dari Indonesia dan 4 anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh bersama-sama menempuh cabaran paling sukar dalam karier mereka sebagai polis untuk mengalahkan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu. Lawati: Polis EVO
#Polis Evo 2
0 Reviews